2007-04-12 12:00:32Y P LOO

【马六甲 :CHITTY村]之旅】


LATAR BELAKANG MASYARAKAT CHITTY DI MELAKA
Masyarakat Hindu Peranakan dikenali sebagai masyarakat Chitty. Mereka adalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka. Masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang-orang Hindu dengan orang-orang tempatan seperti Melayu, Cina dan lain-lain.
Sejarah dibuktikan bahawa saudagar India sering berulang-alik ke Melaka untuk tujuan perdagangan. Pada ketika itu, Melaka amat sibuk sebagai pusat perdagangan dan sering menjadi tumpuan para pedagang yang sebahagian besarnya adalah dari India Selatan. Oleh kerana terlalu ramai saudagar India tertumpu ke Melaka, pemerintah Melaka ketika itu telah menyediakan suatu penempatan untuk mereka tinggal dikenali sebagai ’Kampung Keling’. Tujuan untuk memudahkan saudagar terbabit berurusniaga. Menurut seperti apa yang tercatat di dalam buku Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, perkataan ’keling’ adalah berasal dari ’Kaling Gappatinam’ atau ’Kalinggam’ yang dikenali sebagai Benua Keling.
Perkampungan masyarakat Chitty Melaka terletak di kampung tujuh, jalan Gajah Berang, Bandar Melaka, Negeri Melaka bandaraya adalah kira-kira 2 kilometer dari pusat Bandar Melaka. Perkampungan ini mempunyai keluasan lebih kurang 5 hektar yang begitu berharga untuk dibangunkan.
Terdapat di antara 30 hingga 50 keluarga atau di antara 300 hingga 350 orang keturunan kaum Chitty Melaka dengan purata 5 anggota ahli sekeluarga. Kebanyakkan daripada mereka telah menetap di sini sejak sekurang-kurangnya 6 keturunan. Rumah-rumah yang didiami dibina berbentuk separuh kekal dengan ciri seni unik iaitu serambi yang berfungsi sebagai tempat beristirahat di bahagian hadapan rumah.
Masyarakat Chitty Melaka terdiri daripada beberapa keturunan seperti Chitty, Mudaliar, Narker, Rajah, Padiachee, Pillay, Pathair, Konar dan Pandaram. Mereka mewarisi nama keluarga mereka yang berasal dari India. Walau bagaimanapun generasi Chitty hari ini tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan persaudaraan dalam India.
Terdapat juga kaum Chitty yang telah menjadi rakyat Singapura ( kerana migrasi yang digalakkan oleh pihak pentadbir semasa penjajahan British dan mereka ini juga berasal dari kaum Chitty melaka.) Namun demikian , mereka tetap kembali ke kampung Chitty di melaka sekerap mungkin terutamanya pada hari-hari perayaan seperti ‘Ponggal’, ‘Deepavali’, dan juga ‘Menggamay’( perayaan keagamaan hindu ).
Di samping itu, menyeratkan perhubungan antara satu sama lain, ia juga menjadi satu tradisi masyarakat Chitty bagi merapatkan lagi hubungan yang mungkin telah terpisah jauh serta bermesra semula dengan tempat asal mereka di kampung tujuh, Gajah Berang yang menjadi penempatan pertama mereka setelah kolonial belanda menjajah malaka.
Kewujudan suasana seperti inilah yang menjadikan masyarakat Chitty begitu unik secara tidak langsung menambahkan lagi perpaduan di antara mereka sekali gus menjaga nama baik kaum Chitty di melaka.
Kami telah mengikut kerja projek bagi kursus hubungan etnik (SKP2204) melawat ke Chitty cultural village, Melaka pada 1 April 2007(Ahad). Pada pukul 8.00 pagi, kami berkumpul pada padang Fakulti Ekologi. Selepas makan sarapan pagi, 2 buah bus di untuk bertolak ke kampung Chitty, Melaka pada pukul 8.30 pagi.
Semasa sampai ke kampung Chitty, kami pergi melawat muzium Chitty pada pukul 11.00 pagi. Dalam muzium tersebut, mempunyai banyak gambar tentang hari perayaan, peralatan, makanan, agama, tokoh-tokoh yang terkenal, sejarah dan lain-lain. Kami berasa gembira kerana dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang masyarakat Chitty. En.Rajak, wakil bagi Komuniti Chitty memberi sedikit penerangan tentang perkahwinan masyarakat Chitty:
Semasa upacara ini bunga rampai dan bunga manggar digunakan. Sebelum upacara perkahwinan kad jemputan akan dihantar kepada seluruh kampung. Maka, seluruh kampung akan datang untuk meraikan upacara tersebut. Barang untuk perkahwinan seperti kelapa, daun, bunga rampai, sayur dengan nasi, pisang, buah-buahan, bunga hiasan, sembilan jenis kacang, enam periuk air, batu giling, air kuning, arsani, nasi kuning dan barang sembahan. Kostum mereka pada masa sekarang, adalah lebih kurang sama dengan orang hindu di Malaysia.
Apabila sampai pukul 12.30pm, kami telah bertolak ke perkampungan Chitty. G.KANDASAMY RAJA 14, Kampung Tujuh ialah alamat En. Rajan. Kami pergi ke rumah beliau untuk sesi taklimat yang diberikan oleh En. Rajan tentang budaya, upacara, perayaan dan kepercayaan masyarakat Chitty. Antaranya:
Budaya Chitty
BAHASA
Kaum Chitty semenjak dahulu lagi, memanglah fasih berbahasa melayu, malah bahasa melayu merupakan bahasa ibunda kaum ini.
Akan tetapi bahasa pertuturan seharian kaum ini mempunyai perbezaan berbanding bahasa melayu yang ditutur oleh orang melayu sendiri seperti mana bezanya bahasa melayu cina peranakan dan peranakan portugis.
Jika orang cina peranakan menggunakan lu dan gua untuk merujuk kepada saya dan awak, kaum Chitty ini pula menggunakan ‘engkau’ dan ‘aku’ di mana perkataan engkau disebut sebagai ‘engko’.
Kedua-dua perkataan tersebut bagaimanapun tidak boleh digunakan jika seseorang itu sedang bercakap dengan orang yang lebih tua daripadanya. Selalunya mereka akan membahaskan diri mereka sebagai saya dan orang yang lebih tua itu dibahaskan sebagai ‘Ateh’ untuk gelaran mak cik ‘mama’ untuk gelaran pak cik.
Peradaban bahasa pertuturan seharian kaum ini sentiasa dijaga agar tidak kasar terhadap orang lain kerana kekasaran bahasa seseorang itu akan dikatakan kurang ajar.
Anak-anak Chitty sentiasa menggunakan yang sopan demi menjaga maruah ibu bapa mereka.
Kaum Chitty juga pandai berpantun, berperi bahasa dan menggunakan bahasa kiasan sebagai sindirian.

PAKAIAN
Salah satu kesamaan antara orang Chitty dengan Baba / Nyonya di Melaka adalah pakaian mereka. Perkahwinan lama menunjukkan kaum Chitty di Melaka mempunyai kesamaan dengan orang India di negara India selatan seperti pakaian pengatin lelaki dan pengatin perempuan. Dalam perkahwinan orang Chitty, pengatin lelaki memakai talpa, keris(senjata melayu) dan memakai kasut dalam bilik. Untuk pengatin perempuan pula, mereka memakai baju panjang laboh yang sarong, kepala meraka dihiasakan dengan sanggul lintang, tiara dan memakai kasut dalam bilik.
Pakaian harian Baba / Nyonya dan Chitty mempunyai kesamaan.Wanita yang lebih tua memakai kebaya labuh panjag, brooch dengan sarong, sanggul tuga cabang dan pakaian berbentuk bintik.
Bagi wanita muda, mereka memakai kebaya pendek, brooch, sarong serta pakaian bercorak bunga. Untuk lelaki pula, mereka memakai baju cekak musang, saputangan di atas kelapa dan kain pelikat(sarong).

MAKANAN
Makanan Baba / Nyonya dan Chitty mempunyai kesamaan kecuali makanan untuk menyambut peryaaan Seemto.Walaubagaipun, makanan tempatan telah mewujudkan salah satu lauk bagi kaum Chitty tetapi daging babi dan daging lembu adalah dilarang bagi kaum Chity. Lauk pedas seperti lauk pindang iris, lauk pindang, lauk haram jadah, lauk nenas goreng asam, telur ikan masak belimbing, timun santan,sambal timun, sambal balacan dan lain-lain. Bagi kuih-muih mereka adalah seperti pulut tekan atau seri kaya, kuih bingka ubi, beras, apam berkuah, kuih bongkong (tapioca), kuih sesagun, kanda kasturi (bentuk segitiga), kuih ros, kaang koy, kuih belanda, kuih bahulu, wajik putih atau hitam, dodol putih atau hitam. Makanan pembasuh mulut bagi mereka adalah taibah, bubur kacang, bubur terigu, bubur cacar, pengal pisang, pengal durian dan lain-lain.
Kaum Chitty sering menggunakan kunyit, lengkuas, daun limau purut, limau daun kari dan lain-lain dalam menyediakan makanan dan juga rempah yang digunakan oleh kaum India.

ALAT MUZIK
Dondang sayang adalah tradisi muzik bagi kaum Chitty. Mereka bermainkan tradisi muzik dengan baik dan mahir dalam menghasilkan pantun, tetapi pada masa kini tiada sesiapapun tahu menggunakan muzik ini. Dengan itu, alatan tradisi muzik ini telah menukar kepada serunai dan gendang. Dalam perkahwinan antara Baba / Nyonya dengan Chitty menyebabkan pengaulan antara meraka bertambah baik.

Kuil
Kuil dan tempat keramat yang lain mempunyai hari berdoa yang bertuah, tetapi hanya upacara yang mudah boleh dijalankan oleh ahli komuniti Chitty. Upacara yang lebih besar hanya dijalankan di kuil yang besar seperti Kuil Kalaisanathar/Kuil Baru, Kuil Sri Angglaman/Kuil Kolam Besar.
Contoh-contoh kuil yang persendirian masyarakat Chitty
Sri Poyyatha Vvinayagar Moorthi Temple, Jln Tukang Emas 20.08.1781
Sri Kkailasanathar (Sivan) Temple,Chitty Village (Kuil Baru) 20.09.1887
Sri Muthu Mariamman Temple, Chitty Village (Datuk Cacar) 26.10.1822
Sri Anggalamman Temple, Chitty Village (kuil kollam besar) 01.05.1888
Sri Ayyanar Temple, Bacang (kuil Gajah)
Sri Dharma Rajah Temple Bacang (kuil Dharma) 15.09.1770
Sri Amman Temple, Bacang (kuil Amman) 15.09.1770
Sri Kathee Temple, Bacang (kuil Katai Amman)
Sri Kaliamman Temple, Bacang (kuil Dusun Amman ) 1804
Sri Lenggadariamman Temple, Chitty Village (kuil Nenek)

Rumah tradisional
Rumah tradisional Melaka adalah lebih kurang sama dengan rumah Melayu yang mempunyai anjung. Ini adalah digunakan untuk tatamu berehat sebentar sebelum masuk ke dalam rumah, Mereka sering dihiasi daum mangga serta gambar dewa atau dewa( pilihan sesebuah keluarga ) yang digantung di hadapan pintu rumah. Ini adalah untuk melindungi keluarga tersebut dari sebarang malapataka, kecelakaan roh,-roh ghaib yang jahat serta memberi rahmat dan kesejahteraan kepada penghuni rumah tersebut.
Walaupun ciri ini merupakan pengaruh dari India kerana agama hindu yang dianuti ; akan tatapi di sebalik susunan daun mangga tersebut tersimpan rahsia masyarakat Chitty melaka.
Susunan daun mangga kaum Chitty adalah berbeza dari kaum India yang lain yang juga rakyat nerara ini. Kaum Chitty melaka menyusun daun mangga tersebut rapat-rapat dan bilangan daun mestilah angka ganjil iaitu angka yang mesti digunakan untuk semua tujuan keagamaan manakala kaum India yang lain menyusunnya agak jarang.
Susunan daun yang rapat-rapat ini mencerminkan ketelitian serta kehalusan kaum wanita Chitty. Biasanya daun mangga ini ditukar setahun sekali iaitu pada hari bulan April kalender tahun masihi.
Setengah-setengah rumah masyarakat Chitty melaka mempunyai serambi dan tempat yang lebih tinggi sedikit dari lantai yang selalunya di antara 2 kaki tinggi yang dipanggil ‘Tennai’.
Seperti kaum India yang lain, masyarakat Chitty malaka juga mempuyai tempat sembahyang (‘alter’) di dalam rumah mereka di mana mereka meletakkan gambar-gambar ataupun patung dewa-dewi yang mereka sembah.

Kepercayaan
Melahirkan anak
Ibu yang melahirkan anak tidak dibenarkan keluar dari rumah dalam tempoh 48 hari. Mereka menggunakan daun roda untuk menyingkirkan kekotoran. Ahli keluarga tidak dibenarkan pergi ke kuil dalam masa 16 hari kerana dipercayai kekotoran apabila melahirkan anak. Upacara pembersihan akan dijalankan selepas 16 hari dan menjalankan pada masa yang baik.

Kematian
Upacara Orthodox Hindu. Makanan akan dihidangkan semasa upacara dijalankan. 8 hari nasi lemak akan dihidang dengan pulu inli dan pengat pisang, 16 hari nasi lemak dihidang sebanyak 15 hingga 20 pinggan. Dalam tempoh perkabungan, ahli keluarga tidak dibernarkan pergi kuil, rumah saudara-mara dan menyambut perayaan selama satu tahun. Penduduk Chitty lebih suka pengebumikan secara tanah.

Upacara
Upacara menikam lubang di telinga
Upacara ini adalah untuk anak berumur 1 tahun. Semasa upacara dijalankan, anak ini akan duduk di atas kaki bapa saudara (sebelah ibu). Jika berlaku kematian dalam keluarga,upacara ini tidak dijalankan. Makanan akan dihidangkan selepas upacara.

Upacara Sandanghu
Upacara berlangsungkan untuk wanita yang mencapai umur dewasa. Dalam tempoh 16 hari ini, mereka tiadak dibenarkan ke kuil atau rumah orang lain dan orang lain tidak dibenarkan datang. Selepas 16 hari, wanita itu mandi dengan herba yang istimewa dan memakai pakaian wanita dewasa untuk mendapat kesucian dari orang yang lebih tua. Pada malam upacara, bapa saudara (sebelah bapa) akan memberi hadiah. Selepas itu, wanita ini boleh dikatakan dewasa.

Perayaan
Perayaan Mengammay
Penduduk Chitty akan menyambut perayaan Mengammay atau Datuk Cacar bersama (termasuk sesiapa yang telah berpindah ke luar negara seperti Singapura). Banyak orang yang bukan Chetti juga mengambil bahagian dalam perayaan tersebut. Perayaan ini akan dilangsung pada bulan April / Mei atau Chittirai Masam dalam kalender Hindu.
Perarakan kereta kuda beroda dua akan bermula dari kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi di Jalan Harmony hingga kuil Sri Muthu Mariamman di Gajah Berang (Kampung Chetti) pada waktu siang. Perarakan akan bermula dari kuil Sri Muthu Mariamman di Gajah Berang (Kampung Chetti) hingga kuil Sri Poyyatha Vinayagar di Jalan Harmony pada waktu malam. Dalam perarakan ini, terdapat patung berwarna hitam (Hantu Tetek / Bootham) akan berjalan di depan sebagai penjaga. Upacara ini adalah mengikut kepercayaan Hindu, tetapi banyak ciri tempatan telah menyerap ke dalamnya seperti Kuil Mariamman dijunjungi oleh orang bukan Hindu.

Perayaan Ponggol
Chitty mengikut Hindu mempunyai hari bertuah dan menyambut perayaan agama dengan merujuk kalender Hindu. Antaranya ialah hari Ponggol iaitu Hari Kesyukuran mereka kepada nenek moyang dan tuhan mereka. Sebelum Ponggol disambut pada pukul 4 pagi, Chitty akan letak bunga di depan pintu ( sebagai penunjuk bagi roh untuk balik rumah) bermula dari 13 Disember hingga 13 Januari. Seminggu sebelum Bhogi, Chitty akan pergi ke kubur untuk memberi kehormatan kepada orang kesayangan mereka. Perayaan ini selama empat hari, termasuk Bhogi, Vithu Ponggol, Mathu Ponggol dan Kanni Ponggol. Perayaan Bhogi (Parchu) Chitty menganggap hari ini sebagai penghormatan kepada nenek moyang. Makanan Chitty yang lazat seperti kek, nasi lemak akan dihidangkan di atas daun pisang, telur masin, timun, lobak putih diletak di tengahnya dan bawang di tepinya. 13 pinggan mengelilingi nasi adalah lauk pindang, sambal timun santan, sambat telur ikan belimbing, gerago (sejenis udang) goreng kelapa, acar cili, terung masak kari, kacang panjang, kacang buncis, kobis, kangkong, daging ayam / kambing kari, daging ayam / kambing / udang dan ikan parang. Wanita yang memasak mesti bersih dan tidak boleh merasa makanan semasa memasak. Hindu hanya membuang barang yang tidak berguna pada perayaan Bhogi.

Vithu Ponggol atau Thai ponggol
Vithu Ponggol atau Thai ponggol akan disambut pada hari pertama dalam kalender India (Thaimasam) – Tengah bulan Januari dalam setiap tahun iaitu 14 Januari, masyarakat Chetti memanggil bulan ini sebagai bulan Ponggol. Perayaan Ponggol adalah pergabungan antara unsur budaya dan agama. Nasi Poggol ialah sejenis nasi yang memask dengan susu, ia harus dimasak hingga susu melimpah. Keadaan ini bermaksud kominiti Chitty mempunyai banyak kegembiraan dan kekayaan.
Mereka akan menyambut perayaan di padi tetapi pada masa sekarang mereka hanya menyambut di kuil atau di rumah seseorang.

Mathu Ponggol
Mathu Ponggol adalah perayaan bagi petani untuk memberi hadiah kepada lembu jantan. Dalam hari perayaan tersebut, lembu jantan akan berehat dan tidak perlu berkerja. Lembu jantan akan dimandikan, dibersihkan dan dihiaskan dengan pakaian yang cantik serta bunga.
Biasanya pemilik lembu tersebut akan gantung piala di leher lembunya. Pada hari tersebut, lembu-lembu akan diberi nasi Ponggol dan nasi dimasak dengan sayur-sayuran serta buah-buahan tempatan.
Semua makanan akan disediakan di atas daun pisang sebelum memberi kepada lembu-lembu tersebut. Hal ini sebagai satu cara untuk menunjukkan kelakuan dan perwatakan mereka dalam kejayaan dalam musim menuai. Selepas upacara, lembu tersebut akan mengelilingi dalam kampung. Pemuda dalam kampung akan cuba mendapat piala yang digantung di leher lembu dan anak dara juga berpeluang memilih bakal suami mereka. Anak dara hanya dibenarkan keluar pada hari tersebut.

Kanni Ponggol
Kanni Ponggol bermaksud perempuan yang muda atau belum berkahwin. Perayaan ini akan dilangsungkan pada 16 Januari, pemuda lelaki yang belum berkahwin juga berpeluang untuk memilih bakal isteri. Perempuan yang ingin berkahwin mesti tahu memasak. Perempuan yang muda perlu menunjuk kemahiran memasak mereka. Mereka akan diberi periuk tanah, nasi susu, minyak sapi dan gula tebu. Mereka memasak nasi berwarna perang dalam kuil dan bukan di rumah masing-masing. Nasi berwarna perang itu akan diletak di atas dulang dengan daun pisang dan dihidangkan kepada lelaki yang muda. Pada masa yang sama, lelaki dalam kampung boleh memilih bakal isteri mereka dengan mencuba hidangan itu. Pada masa sekarang, penduduk Chitty tidak lagi memilih bakal suami dalam perayaan tersebut, mereka hanya berharap mengekalkan kebudayaan bagi generasi yang akan datang.

(悄悄話) 2013-03-06 19:13:15
maisarah azmi 2012-07-24 17:01:36

thanks for this info.. ineed tis information

meichee 2010-01-07 09:25:20

hello, nice to meet u ..
i oso nid to do a report abt chetti..
i think is blog will help me a lot...
can u tell me whr can i find tis place to do reseacrh? if can , can u reply me through emnail...
thx..